<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d4338794032778781411\x26blogName\x3dEliyda+Juhari\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://eliydajuhari.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://eliydajuhari.blogspot.com/\x26vt\x3d-2253932116904335072', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Love is our Resistance
They'll keep us apart, they won't stop breaking us down

Biography

My Name ELiyda. Sweet 13 this year, school at smkwb, the best school ever :D I'm a die-hard fan of White, Pink and Gray. Not much of Black. Chocolate and Cheese are my two best friends, they're always by my side whenever I need them. My greatest enemies are Liar, Backstabber, Hypocrite,Copypaster and Nag. I hate them alot. World would be sucha better place without them all.

bold underlined strikethrough italic


Mediabox

"If we live our life in fear,
I'll wait a thousand years
Just to see you smile again "


Sweetdesires

Did I hear someone said "cheese" or "chocolate"?

True Friend
Ipod Touch
Canon DSLR
Ipad
That Handbag from Prada
I Hope All My Wishes Come True


Tagboard

cbox recommended.
preferred maximum width to be 200px.


Linksboard


Pastentries

Are you sure you want to turn back the time and read about my past?

August 2011
September 2011


Creditorials

NEVER REMOVE THIS SECTION!

Layout Designer:
♥chocodiiction-lovesxoxo*
Others:


Monday 19 September 2011

Salam Readers :) Sihat:s: Kyeahh hari sya nak share siket ngn readers sume tntg Petua Meningkatkan Daya Ingatan emoticon47 Zaman Dah Moden , Budak Budak Zaman Skang Nehh Pon Dh Pndai Pndai Belaka , Boleh msok MRSM Lah , Tahfiz Lah , Ape Lah Diorang Msti Mmpunyai Daya Ingatan Yg Kuat So , Sy Nk Share Siket Kt Korang sume Kayy ..

Petua Meningkatkan Daya Ingatan

Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dgn mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah:


- Membaca Al-Quran Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.


- Amalkan Tidur Yang Cukup 1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.
[
emoticon03Patot Pon , Thon Neh Akuu Dh Jd Nanyok Siket, Sbb Aku Suka Tido Lwt , Keh3]

- Mengawal Tekanan Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

- Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg seimbang atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

- Bersenam Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

- Elakkan Kemurungan Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

- Awasi Pengambilan Ubat Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jgn mengambil ubat tanpa arahan doktor.

- Belajar Sesuatu yang Baru Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi

Okayy Thts All Untk Entry Kali Neh :) Assalamualaikum .
emoticon02





♥our lips must always be sealed
13:23

Sunday 11 September 2011

Woot Wiittt . Hey Hey Guys Wuts Up ! hehe . Speaking konon . hehe . okay okay smalam akuu p jln kt KB Mall Ngn kwn2 best lahh ! kitorang shopping shopping byk lah[byk ker ? duit tkde ,ade hti nk shopping byk2 ] hahaha . kitorang pegi KB ngn ayh kawan akuu , then smpai kb tuh kitorang cri beg sandang , wohooo cntik blaka beg beg tp duet tkdaa trpksalah tgk sajaaa , p kedai lain cri yg lg murah .. Aku bwak duit seratoss ja ! nk beli apa ngn seratoss ? boleh beli siket jaa bnda bnda kan ? :( then, kitoran p men bowling happy sgt sgt lorhh ! sape tk ikot rugi tau ! Kitorang neh mmg tk retii nk men bowling neh , cuba cuba naseb jaa , kaloo naseb baek strike lahh ! akuu satu pon tk strikee ! huahuahua :'( yg klakor nyee when kitorang kt tmpat men bowling tuhh kitorang gunaa nama samaran ! nama samaran Kitorang mmg pelikk betoiii Lahhh wehh !

Nama samaran kmi d tmpat bowling tuh

Akuu - Uli [ nseb baek tk jd guli ]
Mirah- Lita [ nseb baik tk jd litar sepang ]
Zaty- G [nih pulak sempena dgn lagu SNSD , Laguu Gee Tu Kott]
Ziemah- Huma [ Name Pe Bende Neh ]
Tasnim - Huyi [ name kebende huyi neh ]

Hahaha ! Tudiaa ! Pelik Kan Kan Kan ? Smpai Org yg duk dkt kitorang tuhh pelik asl name kitorang pelikk jaa bunyii ?! Hahahaha xDD
Okayy , part seterusnyaa plakk , tyme nihh akuu p relax relax kt Mcdonald smbil2 Tunggu Tasnim Belii hapee ntah dkt adek dyaa , tyme tuh mirah pon ajakk akuu p gurdian , muahahahaha ! Kt Gurdian Nih Kitorng brdua ade agenda jahat ! kitorang p kt perfume then kaloo korang p mna mna gurdian pon mstii jumpa yg testing utk kita cuba cuba kan kan kan ? then , mirah pon ckp " liyda , meh kita try siket perfume nehh' apee lgi , tibai jaa lah yg testing punyaa perfume tuhh !Kamii Bukannya Ambil Dgn Botol Botolnyee ekk , kmi pakai kt situ lahh ! Buleh Pakai Free kan Kan ? Haha ! dahh die kta testing kamiii testing laa sikit ! heeee ~

Okaay Lahh Guys Stakat Nii Jer Entry Sy Utk Hri Nihh Kay :) Assalamualaikum ! Papaiii <3



♥our lips must always be sealed
08:50

Thursday 8 September 2011

Haii , hari ni akuu rajin siket nk share share something . hehehehe , okay okay , back to da tittle ,entry kali nih akuu nk share siket2 psl kelebihan wanita solehah nih yee :0 harap korang suka . hihithumb

Pada zaman akhir saat ini, jumlah wanita lebih banyak daripada lelaki, sehingga sudah menjadi kewajiban kita untuk membimbing dan menjaga isteri, anak, dan keluarga kita dari fitnah dunia, fitnah dajjal,dan fitnah harta , oleh kerana itu agar wanita – wanita di keluarga kita semangat dalam beramal maka kita sebagai laki-laki wajib membimbing mereka, kerana ustaz dalam rumah kita adalah diri kita .

Adapun fadhilah wanita sholehah antara lain :

1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : “Ibu lebih penyayang dari bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.

5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca “Alhamdulillahi’alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah”. Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.”; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa’ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.

10. Dari ‘Aisyah r.ha. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya dari api neraka.”

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

15. ‘Aisyah r.ha. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?” Jawab baginda, “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki ?” Jawab Rasulullah SAW. “Ibunya”.

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yangdiberikannya. 27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajibbaginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

32. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginyalapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.

38. Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijat suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

39. Dari Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanyayang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?” Jawab mereka,”Tidak”. Sabda Baginda “Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami niscaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan “Bismillah” akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.

43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “Bismillah” , Allah akan berkahkan rezekinya.

44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

45. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mejadikan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

46. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

47. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

48. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

49. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

50. Sabda Nabi SAW: “Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat.”

51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari yakut.

53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

58. Rasulullah SAW bersabda bahwa, “Allah telah memberikan sifat iri (pencemburu) untuk wanita dan jihad untuk lelaki. Jika seorang wanita melatih kesabarannya dengan iman dengan mengharapkan pahala dari sesuatu perkara yang menyebabkannya menjadi cemburu (iri hati), seperti misalnya suaminya menikahi istri kedua, maka ia akan menerima ganjaran seorang syahid”.

Point-point dari halaman ini terdapat di dalam kitab Kanzul ‘Ummal, Misykah, Riadlush Shalihin, Uqudilijjain, Bhahishti Zewar, Al-Hijab, dan lain-lain, checking satu persatu belum dibuat. Mudah-mudahan dapat diambil ibrah darinya.


p/s: sumber : dakwah

♥our lips must always be sealed
22:51

Haii readers2 semua , hri ni aku nk share skit ngn reader semua tntang petua petua imam syafie kay :face34:

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


Itu saje yee . kayy bye , assalamualaikum , hrp hrp readers sume suke entry kali nihh :)

♥our lips must always be sealed
22:45

Hyee Korunk ! apa khabar :s: hrp korunk baik baik sume yyeeemoticon45 Okaay entry kali nih aku nk story sikit kt korunk psl majlis smbutan hri raya kt skolah :11: smalam , best sgt sgt lah , cos ade smbutan hri raya , boleh makan byk byk ! Nasi ayam ade mcm mcm ade ! Dan boleh tngkap gmbo byk byk ! hahaha . smpai bratos ratos gmbo dlm camemoticon02 geng2 akuu mmg pantang jumpa cam ke hape ke asl yg boleh tngkap gmbo terus jaa angkat tgn dgn gaya gaya pis pis mereka tuh ! haha ! Part yg plg best adlh when kitorang brsihkan kantin skolah lps jamuan tuhh , ahahaha , geng akuu jaa yg tlg cikgu dan adee jgak lah budak laki siket siket yg tlg .. kitorang jaa yg boleh dudok relax relax mcm tuan puteri when budak2 form 1 nih kna beratur bwh terik matahari .. tulahh spe suroh mls sgt ! haha , jgn mrah gurau je lahh :face19: lps jee brsih kantin prgii solat then dudok dlm kls smpai balik . hadeihh ! part tuh yg plg mmbosankan tp tklah bosan sgt sbb kitorang adee bwk cam boleh posing posing ! cekgu ckp tk boleyh bawak cam , tp kitorang bawak jugak , cekgu tk mrh pon ? hahaha pelik pelik :face34: Tkpelah korunk , GTG byee . emoticon02Assalamualaikum ..

♥our lips must always be sealed
22:14

Wednesday 7 September 2011

Heyy Guyss ! Minggu nih aku rase letihh siottt ! Nk tau sbb ape ? sbb rmai yg request kt akuu suh edit blog ! hadoiii ! brtambah pening akuu .. nk buat keje rumah lg , homework lg , homework dah byk yg trtunggak , brtimbun timbun byknye ! bile aku nk siapkan agaknyee ? Haihss mmg penat .. Akuu Slalu trpaksa tidor lwt nk siapkan blog org len (tp tk siap siap pon , dop hbiskan masa dgn facebooking jaa . hahhaa ) btw,Blog Akuu Sndiri Pon Tk Smpat Nk Bukak ! Kesian Kan?emoticon41 Hermm . Tkpelah Guyss , I Want Go To Sleep :face69: Esk ade Jamuan Hri Raya Kt skolah .so , kna bangun awal emoticon02 Kbyee . Assalamualaikum

♥our lips must always be sealed
11:59

Thursday 1 September 2011

Haii Helo ! apa khabar kaorang ? sihat tk ? hope korang semua sihat jerr :face35: hri nihh akuu rsa mls siott nk menyiapkan bende alah yg tk brnyawa ituu (homework lah tuu) hadoii mmg mls , tp apakan daya , trpaksa buat jugaklah kan nantikan tk pasai pasai kna liku ngn cikgu , haha , bru padan ngn mukaa akuu . :face13: Folio yg aku kna siapkan adlh folio bm ngn geog , bm tuhh senang jerhh just copy copy karangan , dlm buku rujukan belambak contoh contoh karangan ! Niehh , Yg geog nihh satu hape ponnn akuu dakk pahamm nk buat cmne !:face58: Mmg akuu dak paham mende ponn pasaii nk buat folio geog nihhh , akuu kna buat rujukan ngn kengkawan aku lah jwb nyeee kann ? senang2 tkyah buat rujukan copy , jerr slalu ! Muahahaha , jht dowhh akuu nihh ! hahaha . Okayy lahh kaorang gtg emoticon27 Papaiii emoticon29 Assalamualaikummemoticon06

♥our lips must always be sealed
10:39